Showing posts with label Husam Musa. Show all posts
Showing posts with label Husam Musa. Show all posts

Saturday, May 11, 2013

Husam Tak Puas Hati Nik Amar Dapat Liputan TV3


Di Kelantan, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempersoalkan tindakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menggunakan media perdana bagi menjelaskan isu penggugurannya sebagai Exco kanan kerajaan negeri itu.

Beliau yang tidak puas hati dengan tindakan Datuk Mohd Amar itu mengarahkan jurukamera TV3 Kelantan menghentikan rakaman dalam satu ceramah yang diadakan malam semalam.

DATUK HUSAM MUSA / NAIB PRESIDEN PAS


"Tetapi sebentar tadi teman saya Nik Amar keluar tv tadi, pada pendapat saya tak suka gunakan TV3 sebagai saluran, malam ini pun TV3 bercadang nak ambil rakaman ceramah kita malam ini. Saya mintak petugas-petugas nasihatkan TV3 supaya tidak merakam secara langsung kerana pada pendapat saya semua media ini adalah media hantu".

Petugas di ceramah berkenaan kemudian cuba merampas telefon bimbit yang merakam ceramah berkenaan sambil meminta semua visual dipadamkan, namun tidak dilayan.

Datuk Husam yang digugurkan daripada senarai Exco kerajaan negeri, pada 8 Mei lalu melahirkan rasa kecewa kerana tidak dimaklumkan mengenai pelantikan Menteri Besar baharu dan kerajaan baharu.

Beliau turut mendakwa tidak ada mesyuarat dipanggil di peringkat Perhubungan PAS Negeri untuk memutuskan perkara terbabit.

Bagaimanapun semalam Datuk Mohd Amar yang bercakap kepada semua media menafikan kenyataan Husam, sebaliknya menjelaskan mesyuarat diadakan pada 6 Mei lalu di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan tanpa kehadiran Datuk Husam.

Dalam mesyuarat itu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Datuk Ahmad Yakob menjadi Menteri Besar manakala terpulang kepada beliau melantik pasukan Exco yang boleh bekerja dengannya.

Sunday, February 3, 2013

PAS Berpantang 90 Hari Muahahahaha!


Kelakar gile aku baca statement Husam di Harakah! Kah! Kah! Kah! Kah!

Yaallah ya tuhan ku... ampunkan aku.... ini pertama kali aku baca statement ahli politik yang paling bangang sekali!

"Kalau orang perempuan berpantang selepas bersalin, kita berpantang sebelum bersalin."-Husam dah kena jolok agaknya...

Aku mintak tolong sangat pimpinan PAS, korang jangan buat kenyataan paling bangang macam ni lagi... Senang sangat kita orang nak tembak! Tak mencabar langsung...

Husam oh Husam... Kalau macam ni lah strategi PAS dalam menghadapi perang PRU-13... memang nak kalahlah jawabnya...

Kesian la kat akar umbi PAS yang ada dibawah terpaksa berjawab di kedai kopi. Kesianlah kat blogger-blogger PAS yang terpaksa terjebak dengan fitnah sebab nak kona sana sinun...

Kesian la kat muslimah yang hangpa paksa untuk merayu undi dari rumah ke rumah. Nak merayu pun tak sempat, belum bukak mulut nak merayu tapi terpaksa pulak menjawab kenyataan bangang hangpa. Kah Kah Kah!


Dalam tempoh PAS berpantang 90 hari ni... anggap sajalah PAS sudah mati... tak payahla hangpa semua nak berkempen bermati-matian pulak...

Kepada Husam... Sewaktu pantang tu, bolehlah tuam sekitar perut untuk elakkan angin pasang. Jangan lupa mandi wiladah selepas bersalin. Tatacara mandi wiladah sama seperti mandi wajib juga. Niat mandi wiladah. Kalau tak tahu, tanyalah ustazah ataupun google search yer.. Teknologi di hujung jari ni rugi kalau x dimanfaatkan :)

Politik Harian/Bro Jinggo

Friday, January 25, 2013

Husam Musa Jangan Derhaka Kepada Baginda Sultan?


Kenyataan.: Husam merupakan penderhaka secara nyata bila mana tidak menghormati usaha Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Khas yang telah mendapat Perkenan Baginda Sultan Kelantan sendiri dalam Isu Tuntutan Royalti.

Ini jelas bila semalam Husam memfailkan permohonan injunksi interlokutori bagi menghalang Petronas membayar Royalti minyak kpd kerajaan Malaysia.Ini jelas melambangkan usaha jahat dan hanya kerana ingin menimbulkan kebencian rakyat Kelantan kepada kerajaan pusat.

Thursday, January 24, 2013

Husam Musa Meludah Kelangit



Naib Presiden PAS merangkap Exco kanan Kerajaan PAS kelantan, Husam Musa nampaknya seperti tidak dapat menahan diri untuk turut sama tampil mempertikaikan pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berhubung 7 projek pembangunan di Kelantan sekiranya negeri itu kembali diperintah oleh Barisan Nasional (BN).

Friday, January 6, 2012

Penyokong PAS Ramal Husam Ganti Anwar?


Semakin hampir hari penentuan nasib Anwar Ibrahim semakin banyak ramalan di buat siapakah pemimpin yang paling layak menganti Anwar sekiranya beliau dipenjarakan nanti.

Beberapa blog puak PAS hari ini meramalkan Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa orang yang layak untuk menerajui Pakatan sekiranya ketua pembangkang tersebut.


Nampaknya puak PAS tak sabar-sabar nak tunggu Anwar masuk penjara, buruk betul perangai diaorang ni...

Dalam tinjauan tersebut, Husam memperolehi undian tertinggi dengan 992 undian atau 35 peratus meninggalkan lima calon lain di belakang beliau.

Usia beliau yang dianggap masih muda dan majoriti pengunjung blog terbabit yang dipercayai di kalangan penyokong PAS mungkin boleh dianggap sebagai faktor yang mendorong kepada keputusan tersebut.

Agak menarik juga untuk diperhatikan, Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang sendiri turut berada di belakang Husam dengan 666 undian atau 23 peratus.

Manakala Mursyidul Am PAS, Dato Nik Aziz Nik Mat yang mengumpul 617 undian atau 22 peratus mengekori di tempat ketiga.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menduduki tangga keempat dengan 293 undi atau 10 peratus, diikuti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, 122 undian dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, 103 undian.

Wednesday, December 14, 2011

Husam Musa Dapat Malu Besar... Apabila Tersalah Saman Blogger !


Husam Musa Exco Kerajaan PAS Kelantan, mendapat malu besar apabila beliau tersalah orang dalam menyaman Mohd Faisal yang dikatakan sebagai Blogger RBF Online.

Menyedari kelisapan tersebut, Husam meminta mahkamah supaya kes tersebut ditangguhkan kerana beliau mahu melantik peguam baru bagi menggantikan peguam sedia ada. Biasa... kalau dah malu, cover line la...

Lebih memalukan lagi apabila Husam di gelar Dayus!

“Husam Dayus”

KOTA BHARU – Exco Kanan kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa disifatkan sebagai dayus dan penakut kerana secara tiba-tiba menukar peguam ketika perbicaraan kes samannya terhadap Mohd. Faisal Rohban Ahmad masuk ke fasa pembelaan.

Mohd. Faisal berkata, beliau sepatutnya memberikan keterangan sebagai saksi pertama defendan hari ini bagaimanapun secara tiba-tiba Husam mengambil keputusan untuk menukar peguamnya.

“Semalam penyokong-penyokong Husam menghukum saya lebih awal dalam laman facebook mereka berdasarkan laporan harakahdaily.net sedangkan mahkamah masih belum membuat sebarang keputusan yang mengatakan saya adalah pemilik blog ruangbiacarafaisal.

“Saya pun belum memberikan keterangan di mahkamah. Blog tersebut pun bukan milik saya, nama blog ruangbicarafaisal dan nama saya adalah Mohd. Faisal Rohban Ahmad. Pada 23 Oktober perkara yang sama juga dilakukan oleh harakahdaily.net dan Sinar Harian menyatakan saya pemilik blog sedangkan itu salah.

“Semalam semasa memberi keterangan Husam bukan main ‘gedebe’ kata saya dayus dan pengecut tetapi hari ini bila tiba giliran saya beri keterangan hari ini dia mohon untuk tukar peguam maknanya Husam tidak percaya pada peguamnya,” katanya kepada detiperubahan.com di sini hari ini.

Pada prosiding kes saman tersebut, Husam telah meminta mahkamah supaya kes tersebut ditangguhkan kerana beliau akan melantik peguam baru bagi menggantikan peguam sedia ada.

Naib Presiden Pas itu menyaman Mohd. Faisal kerana mendakwa beliau adalah individu yang bertanggungjawab menyiarkan tulisan berunsur fitnah dalam blog ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009.

Rencana tersebut bertajuk “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.”

Bagaimanapun sejak perbicaraan tersebut berlangsung, mahkamah belum memutuskan sama ada Mohd. Faisal pemilik atau individu yang bertanggungjawab dalam kes tersebut.

Mohd. Faisal berkata, lebih menghairankan tindakan Husam menukar peguam tersebut tidak disertakan dengan alasan yang kukuh.

“Semasa memberi keterangan bukan main berlagak kata saya ini dayus tetapi bila giliran saya nak beri keterangan sebagai saksi defendan pertama dia hendak tukar peguam sebab dia sudah malukan saya dalam mahkamah,” katanya.

Mahkamah menetapkan pada 7 dan 8 Mac depan untuk menyambung perbicaraan kes tersebut.

Sumber: Detik Perubahan

Wednesday, December 7, 2011

PRU Ke-13: Husam Tersingkir Ke Parlimen ?


Husam, tersingkir ke Parlimen dengan alasan dia diperlukan sebagai Menteri di Pusat?

Nik Aziz akan kekal bertanding di DUN Chempaka manakala anaknya, Nik Mohd Abduh akan bertanding kerusi Parlimen Pengkalan Chepa.

Menantu Nik Aziz pula, Abdul Ariffahmi Ab Rahman di katakan akan dicalonkan bertanding salah satu kerusi DUN di bawah Parlimen Machang.

Usaha keras Nik Abduh dan Ariffahmi dikatakan mula menampakkan hasil setelah berjaya meletakkan orang-orang mereka dalam hieraki Perhubungan Negeri setelah Muktamar PAS Jun 2011 lalu. Baca lagi di sini...

P/S: Ingatkan Anwar Ibrahim saja yang ada China dolls... Husam pun ada jugak la bro....

Wednesday, September 21, 2011

Wow! Artikel Kickdefella Bernilai RM5 Juta... Kes Saman Kickdefella Lanyak Husam Lagi!



Dibawah salah satu artikel yang bernilai RM5 Juta...


Husam Telah Menipu Sahabat Dan Rakyat

Dua perkara penting telah berlaku pada pagi ini bila saya membaca kenyataan Exco Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, YB Dato’ Husam Musa, di dalam sebuah akhbar tempatan Edisi Timur. Ianya seperti berikut,

Kerugian Meningkat


Husam mendakwa Kerajaan Negeri akan mengambil semula tanah milik UDA Holdings Berhad dengan membayar pampasan bagi menyelesaikan masalah Lubang Kubur Tok Guru yang sempit.

Ini mengakibatkan kos yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri Kelantan daripada isu Bazar Tok Guru atau namanya sekarang Lubang Kubur Tok Guru ini akan meningkat lagi. Jika setahun yang lalu blog ini telah melaporkan Kerajaan Negeri kerugian RM50 juta akibat angkara urusan menantu Nik Aziz dalam hal Lubang Kubur ini. Jika dicampur dengan jumlah terbaharu pampasan yang akan dibayar, ia pasti meningkat lagi.

Akibat pendedahan saya setahun lalu, Husam telah mengumumkan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 27 Januari 2010 akan melantik firma Audit Bebas bagi menyiasat dakwaan saya. Tetapi itu setahun yang lalu. Semuanya kemudiannya disapu ke bawah permaidani dan Husam tidak lagi pernah menyebut tentang keputusan Audit Bebas itu.

Kerugian RM50 juta itu ialah berpunca daripada pemberian tanah yang bernilai hampir RM30 juta kepada pemaju tanpa Kerajaan Negeri menerima pulangan setimpal selama 99 tahun. Kedua ialah apabila Exco membuat keputusan di dalam mesyuarat Exco pada 23 Januari 2010, membeli semula dengan harga RM23 juta tingkat bawah Lubang Kubur Tok Guru daripada pemaju yang telah diberi tanah bernilai RM30 juta pada perjanjian awal.

Hari ini, Husam memaklumkan kos kerugian ketiga iaitu apabila Kerajaan Negeri akan terpaksa membayar pampasan pada jumlah yang belum disebut kepada UDA Holdings Berhad. Baca lagi di sini...


Kenapa Husam mahu saman Kickdefella tonton video di bawah...


 

Tuesday, September 20, 2011

Kerana Panas Telinga, Husam Saman Kickdefella RM5 Juta


Hai dah nasib badan... tak tahan kena gerudi, telinga Husam menanah dek pendedahan yang dilakukan oleh Kickdefella! Kenapa jadi macam ni Usam? sampai nak saman menyaman pulak! Panasss!

Naib Presiden Pas, Husam Musa memfailkan saman fitnah sebanyak RM5 juta terhadap blogger Kickdefella.

Writ saman ke atas Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz difailkan di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini, hari ini oleh peguam Husam, Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates.

Mengikut writ saman yang diemel kepada pihak media hari ini, Husam yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan, menuntut Syed Azizi memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya.

Plaintif juga menuntut defendan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam blog defendan, di samping memadamkan tiga artikel yang didakwa memfitnah beliau.

Artikel tersebut bertajuk, Husam telah menipu rakyat dan sahabat, Sebelum kita lupa Normala Sudirman dan Husam itu pembohong yang ketiga-tiganya disiarkan melalui blog defendan, kickdefella.wordpress.com antara Januari hingga Julai lalu.

Husam juga menuntut Syed Azidi mengiklankan permohonan maaf tersebut di dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu selama satu hari, bayaran ganti rugi sebanyak RM5 juta, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau, ganti rugi punitif, lain-lain relif yang dikirkan wajar oleh mahkamah, selain faedah pada kadar 8 peratus setahun sehingga penyelesaian penuh tuntutan.

Selain itu, plaintif turut menuntut satu injunksi bagi menghalang defendan atau ejen-ejennya daripada berkomunikasi, memberi komen, mengulangi atau menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif.

Pelawok pelawok pelawok!