Showing posts with label PSM. Show all posts
Showing posts with label PSM. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

6 Ahli PSM Dituduh Miliki Dokumen Subversif Tetap Didakwa


AGENDADAILY: Jangan fikir, bila dah bebas dari Ordinan Darurat, sudah tidak kena dakwaan lain, itu nasib enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada Rabu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth bagi menghadapi pertuduhan berhubung pembabitan mereka dalam satu perhimpunan haram dan memiliki dokumen-dokumen subversif tanpa alasan yang sah.

Sebelum ini dibebaskan dari Ordinan Darurat selepas 28 hari ditahan.

Mereka ialah Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj, Sukumaran a/l Munisamy, 50, Letchumanan a/l Aseer Patham, 49, Choo Chon Kai, 33, Sarasvathy a/p Muthu, 58, dan Saratbabu a/l Raman, 25.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa secara niat bersama memberi bantuan kepada satu pertubuhan haram, iaitu "Bersih 2.0" dengan membawa 600 helai salinan fotokopi risalah haram berkenaan.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pertubuhan 1966, yang dibaca bersama Seksyen 34, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM15,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mereka juga menghadapi pertuduhan alternatif iaitu secara niat bersama telah memberi bantuan dengan membawa 600 helai salinan risalah yang mempunyai tulisan "Perhimpunan Bersih 2.0", bagi tujuan satu pertubuhan haram iaitu "Bersih 2.0" untuk kegunaan perhimpunan "Bersih 2.0" yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai pada pukul 2 petang.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya.

Selain itu, mereka turut hadapi pertuduhan dengan niat bersama membawa dokumen-dokumen subversif tanpa alasan yang sah mengikut Seksyen 29 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah bas bernombor pendaftaran NAW 6617 di Tol Sungai Dua, Lebuhraya Utara-Selatan, di dalam Daerah Seberang Perai Utara, pada kira-kira 3.30 petang, 25 Jun lepas.

Hakim Ikmal Hishan (Hishan) Mohd Tajuddin menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 bagi setiap tertuduh dan menetapkan 10 hingga 14 Okt ini untuk perbicaraan kes iaitu bersamaan dengan tarikh perbicaraan 23 lagi aktivis PSM yang didakwa sebelum ini atas pertuduhan yang sama.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim dan kesemua tertuduh diwakili peguam Datuk C.V. Prabakaran

Saturday, July 30, 2011

Pembebasan PSM06 Mengundang Kemarahan Orang Ramai


Pembebasan enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengundang kemarahan orang ramai, rata-rata menyatakan ketidak puas hati mereka kerana PSM boleh mengugat keselamat rakyat dan negara.

Terdahulu PSM dilihat cuba menghidupkan balik fahaman komunis dengan menyebarkan risalah-risalah berkaitan berkenaan kepada rakyat di beberapa kawasan di Kepala Batas.

Mereka kerana membawa unsur menghasut rakyat untuk membenci kerajaan dan ini adalah sesuatu yang serius serta boleh mengancam keselamatan negara.


Logo berbentuk tangan adalah logo yang digunakan oleh komunis


Semua mereka dibebaskan pada jam 5.30 petang di balai polis Jinjang.

Mereka yang dibebaskan itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain itu ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25

Keenam-enam aktivis PSM itu ditahan dua minggu sebelum perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara pada 9 Julai lepas.